Nissan akan memperkenalkan generasi terbaru kenderaan konsep EV iaitu Nissan PIVO 3. Ciri luaran yang ditampilkan oleh jentera elektrik berkenaan lebih kepada futuristik. Pivo generasi ke-3 itu bakal ditayangkan pada Tokyo Motor Show ke-42 yang akan bermula 3 Disember depan.
Nissan telah mendedahkan model PIVO 3, kereta konsep EV yang kelapan kepada umum. PIVO 3 merupakan sebuah model kompak-ultra yang mana ia disasarkan untuk penggunaan di dalam bandar, khusus untuk pemandu tunggal atau pasangan yang menikmati gaya hidup bandar.
Saiz panjang PIVO 3 kurang dari tiga meter dan didatangkan dengan dua tempat duduk dengan kemampuan pusingan yang sangat kecil membolehkannya diletakkan di ruang parkir yang sempit.
Sumber: Netcarshow
Hantar Komen Anda!