Wednesday, 9 November 2011

Tip Menjaga Laptop

| |

Baiklah pada post kali ini, saya akan memberi anda sedikit panduan cara untuk menjaga laptop. Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop, tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah. Berbeza suatu ketika dahulu, ketika pertama sekali laptop dikeluarkan, harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal. Namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop. Dari segi ketahanan pula, Komputer peribadi (PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...

Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda:
 

-Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.

-Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

-Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.

-Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

-Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.

-Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

-Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...

-Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

Baiklah ini sahaja tips yang saya berikan pada post kali ni...
Suka artikel ini?

Hantar Komen Anda!

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Tip Menjaga Laptop. Semoga bermanfaat untuk sahabat blogger semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !
Nota:
1. Untuk menambah Kod HTML dalam komen anda, sila menggunakan HTML Encoder ini.
2. Tolong jangan SPAM , SPAM akan dipadam serta-merta oleh saya.

Klik la kat bawah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liked Us ?