Ini memang menakjubkan. Sebuah syarikat reka bentuk kapal layar yang berpangkalan di UK telah mereka sebuah kapal layar yang menyerupai sebuah pulau. Kapal layar pulau tersebut diilhamkan oleh pulau-pulau tropika yang dilengkapi dengan pondok dan kolam renang. Selain itu, satu ‘gunung berapi’ turut dibangunkan supaya kapal layar tersebut kelihatan seperti sebuah pulau yang realistik.
Kapal layar pulau ini lengkap dengan bilik-bilik khas VIP, gimnasium, lounge, spa dan tempat helikopter mendarat (helipad). Bagi melengkapkan lagi kapal layar pulau ini seperti sebuah pulau tropika, satu air terjun yang mengalir dari gunung ke kolam renang turut dicipta. Belakang kapal layar pulau ini juga mempunyai dek pantai untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti jet-ski.
Menurut laporan, harga untuk kapal layar tersebut masih belum ditetapkan. Yang pasti ianya hanya mampu disertai dan dinikmati oleh golongan kaya raya sahaja. Kita yang tak mampu ni hanya mampu tengok saja la..hahaha
1 commment
Sadisnya Seandainya unya Kapal kayak gini...
Ligacash
Terminalbet
Poker Online
Hantar Komen Anda!