Monday 5 December 2011

Kisah Benar Kasih Seorang Ibu Di China

| |



Kisah benar ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang (mengikut statistik daripada Wikipedia).



Dipetik gempa bumi di CHINA, 12 Mei 2008 Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan. “Lihat itu, ada seorang wanita di sana”. Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi. Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan. Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya. Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis: “Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya” Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya.

Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.
Bayi tersebut ketika diselamatkan daripada runtuhan.
P/s: Walaupun peristiwa ini dah lama tetapi sentiasa dalam fikiran aku sedih dek kenang peristiwa ini T_T...

Suka artikel ini?

Hantar Komen Anda!

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Kisah Benar Kasih Seorang Ibu Di China. Semoga bermanfaat untuk sahabat blogger semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !
Nota:
1. Untuk menambah Kod HTML dalam komen anda, sila menggunakan HTML Encoder ini.
2. Tolong jangan SPAM , SPAM akan dipadam serta-merta oleh saya.

Klik la kat bawah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liked Us ?