Tuesday 6 December 2011

Kemalangan 8 Buah Kereta Mewah Di Jepun

| |

Sebanyak 11 buah kereta mewah jenis Ferrari, Lamborghini dan Mercedes terlibat dalam satu perlanggaran secara bertindih-tindih di sini. Kejadian tersebut berlaku di wilayah Yamaguchi di Tokyo, Jepun kelmarin (5 Disember 2011) yang mana ianya terdiri daripada lapan buah Ferrari, sebuah Lamborghini, dua buah Mercedes juga sebuah Toyota Prius. Jumlah kos kemalangan dianggarkan melebihi $1 million.


Kemalangan kereta-kereta mewah itu dipercayai berpunca daripada seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan. Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing di tengah lebuh raya, dan sehubungan itu, kereta-kereta lain tidak sempat menekan brek lalu berlanggar antara satu sama lain.


Ketika kejadian, kumpulan kereta mewah tersebut sedang berkonvoi menuju ke satu destinasi berhampiran Hiroshima.



Video pelanggaran yang disiarkan oleh saluran televisyen NTV memaparkan beberapa buah Ferrari dalam keadaan remuk:



Kemalangan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan serius, namun polis wilayah Yamaguchi mengesahkan seramai 10 pemandu terlibat mendapatkan rawatan luka ringan.

Secara keseluruhan, sebanyak 14 buah kereta terlibat dalam insiden tersebut.

Suka artikel ini?

Hantar Komen Anda!

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Kemalangan 8 Buah Kereta Mewah Di Jepun. Semoga bermanfaat untuk sahabat blogger semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !
Nota:
1. Untuk menambah Kod HTML dalam komen anda, sila menggunakan HTML Encoder ini.
2. Tolong jangan SPAM , SPAM akan dipadam serta-merta oleh saya.

Klik la kat bawah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liked Us ?