Wednesday 23 November 2011

6 Ciri Header yang Terbaik

| |

Header ni sebenarnya kena ikut kreativiti sendiri.. Saya pun tak boleh jamin apa yang saya buat ni, cantik di mata orang.. mungkin ada mata yang tengok header saya tu terlalu simple. Apa yang saya boleh bagi tau kat sini.. Sedikit tips saja, supaya header korang itu boleh jadi menarik. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri ye. Berikut merupakan ciri-ciri header yang baik :-

Ciri-ciri header yang baik :-

1. Colour : Penggunaan warna yang sesuai dengan warna tema blog. Jangan guna warna yang terlalu terang, juga jangan terlalu malap. Gunakan kombinasi warna yang sesuai, yang tidak menyakitkan mata memandang.

2. Font : Pemilihan font juga sangat penting. Jenis tulisan yang digunakan mestilah yang mudah dibaca. Tidak terlalu kurus. Dan tidak terlalu serabut (tulisan sambung).

3. Text : Apa yang nak ditulis kat header juga tak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar nama blog, dan sedikit tagline yang tidak terlalu panjang dan mudah difahami.. Macam tajuk buku.. kalau panjang sangat orang susah nak ingat kan?

4. Size : Saiz header tak perlu terlalu besar.. Jangan la sampai separuh daripada blog dah header je.. buat saiz sederhana yang sedap mata memandang. Jangan pula terlalu kecil sampaikan orang tak nampak apa yang kita tulis. Sia-sia je la buat header macam tu.. Hehe..

5. Style : Header yang menarik sebenarnya yang dibuat dalam bentuk transparent, berbanding yang dibuat dalam satu kotak. Kelebihannya, mudah disesuaikan dengan background blog, dan tak perlu la ditukar setiap kali nak tukar background baru :)

6. Simple : Header yang simple ni bermaksud, header yang tak terlalu banyak decoration. Kalau nak letak gambar sendiri, cukup la satu, dua je. Untuk hiasan lain pula, pastikan tak nampak semak sangat. Yang penting sedap mata memandang.

Sebenarnya banyak lagi tipsnya, nak buat header ni tiada tutorial yang spesifik, semuanya perlukan daya kreativiti sendiri.. Setakat ni cuma tu yang saya boleh bantu. Bagi mereka yang kreatif, header yang crowded pun boleh nampak menarik bukan?


Suka artikel ini?

Hantar Komen Anda!

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk 6 Ciri Header yang Terbaik. Semoga bermanfaat untuk sahabat blogger semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !
Nota:
1. Untuk menambah Kod HTML dalam komen anda, sila menggunakan HTML Encoder ini.
2. Tolong jangan SPAM , SPAM akan dipadam serta-merta oleh saya.

Klik la kat bawah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liked Us ?