Wednesday 9 November 2011

Bagaimana Langit Melindungi Bumi ?

| |

Harap maaf kepada para pembaca yang tertunggu-tunggu artikel terbaru di Zone Made. Saya agak sibuk kebelakangan ini, jadi agak kesempitan waktu untuk menulis artikel baru.

Baiklah di kesempatan waktu yang sedikit ini, saya ingin mengajak pembaca sekali lagi untuk meneroka angkasa lepas. Anda tentu sedia maklum bahawa terdapat 9 buah planet di dalam sistem suria kita bukan?
 
Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa inggerisnya 'Jupiter'. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.
Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.
[Sumber : NASA]


Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.
 

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.

7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.

Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.

Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).

Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,
"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"
           [Surah Al-Anbiya: 32]


Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah juga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran melalui ayat,

“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”


[Surah Al-Baqarah: 29]
Pembaca yang saya muliakan sekalian, lihatlah tanda-tanda kasih Allah kepada hambanya tanpa kita sedari. Musytari dan Atmosfera tidak datang sendiri, melainkan sengaja diletakkan agar melindungi bumi. Mengapa? Kerana hamba-hambaNya ada di situ.

Suka artikel ini?

Hantar Komen Anda!

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Bagaimana Langit Melindungi Bumi ?. Semoga bermanfaat untuk sahabat blogger semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !
Nota:
1. Untuk menambah Kod HTML dalam komen anda, sila menggunakan HTML Encoder ini.
2. Tolong jangan SPAM , SPAM akan dipadam serta-merta oleh saya.

Klik la kat bawah ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Liked Us ?